PESANAN PENGENDALI BLOG KEPADA SEMUA AHLI ILMU

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???

"Mengenal Allah dengan ilmu seperti mendengar gula tapi belum merasai,
Mengenal Allah dengan hati seperti merasai gula"
- Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Your heart will go back to you.

Your heart will go back to you.
click the picture for more

Wednesday, November 9, 2011



Oleh: al-Imam Syeikh ‘Ali Jum‘ah, Mufti Besar Mesir
Terjemah: al-Faqir Mohd. Khafidz Soroni

Tasawuf muncul untuk meletakkan para pengikutnya di tengah-tengah isu-isu sosial dan juga politik dalam masyarakat Islam, bukannya supaya mereka hanya duduk secara berasingan jauh daripada isu-isu berkenaan. Bahkan ia menggembleng usaha menyediakan mereka untuk berkhidmat terhadap agama, ummah dan juga tanah air.

Justeru, tasawuf mahupun ahli sufi tidak hanya setakat terhenti pada keadaan berzikir, zuhud dan beribadat secara individu ataupun secara jemaah, bahkan tasawuf telah membentuk institusi-institusi besar yang mempunyai jaringan di seluruh dunia dan berperanan dalam bidang pembangunan, politik serta sosial. Para ahli sufi di sepanjang zaman telah melahirkan para ulama, para pahlawan dan para idola yang mana sejarah Islam terisi dan dipenuhi dengan mereka, berdasarkan kepada populariti mereka yang masyhur dan kecintaan majoriti umat Islam kepada mereka.Mereka tidak mencapai kedudukan dan martabat sedemikian melainkan kerana tauladan dan tingkah laku yang baik menurut manhaj yang lurus lagi kukuh berdasarkan al-Quran dan Sunnah, menghormati para ulama ummah, serta berusaha ke arah perpaduan umat Islam dan kesatuan mereka.

Oleh itu, mereka tidak menghadkan diri hanya kepada jihad nafsu semata-mata, sepertimana yang didakwa oleh orang yang tidak mengenal mereka, akan tetapi mereka menggabungkan kepada kekuatan tersebut dalam memerangi golongan musuh dan golongan yang zalim. Antara model-model mereka itu ialah Imam al-Ghazali (505H), Muhyiddin Ibn ‘Arabi (638 H), al-‘Izz bin ‘Abd al-Salam (660 H) dan Imam al-Nawawi (676 H). Manakala dalam satu peristiwa sejarah yang belum jauh, para ahli sufi telah membawa panji-panji revolusi kebangsaan di Mesir dalam menghadapi pemerintah-pemerintah kerajaan Mamalik, di mana Imam al-Dardir (Abul Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir al-Maliki, w. 1201H), seorang tokoh sufi besar telah mengetuai suatu revolusi besar menentang golongan Mamalik sebelum tercetusnya Revolusi Perancis dalam jarak tempoh tiga tahun.Ia telah memaksa golongan Mamalik mengakui bahawa rakyat adalah sumber kekuasaan, serta berjaya menghalang mereka daripada mengenakan cukai-cukai baru melainkan dengan keputusan rakyat, dengan pengiktirafan penuh terhadap kebebasan dan maruah mereka.

Tasawuf mempunyai dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang utama, iaitu: berpegang kepada kitab Allah, dan mengikuti sunnah Rasul-Nya s.a.w., memakan yang halal, tidak menyakiti/menganiaya, menjauhi maksiat, bertaubat, dan menunaikan hak-hak. Tasawuf terbentuk dengan bersabar atas perintah-perintah dan yakin pada hidayah. Firman Allah Taala:
(وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ) [السجدة:24]
Terjemahan: “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami” [al-Sajdah: 24].
Para ahli sufi telah menyatakan bahawa: Tidak layak untuk memimpin di jalan ahli sufi ini melainkan orang yang luas pengetahuannya dalam ilmu syariat serta mengetahui yang mantuq dan mafhum, yang khas dan ‘am, serta yang nasikh dan mansukh,dan berpengetahuan luas dalam bahasa Arab sehingga mengetahui soal majaz, isti’arah dan lain-lainnya, iaitu sebagaimana yang disebutkan oleh al-‘Arif biLlah Syeikh ‘Abdul Wahhab al-Sya'rani (973 H) dalam mukadimah kitab beliau al-Tabaqat al-Kubra (ms. 5). Beliau juga berkata: Sesungguhnya jalan kaum sufi ini diacuankan di atas al-Quran dan Sunnah sepertimana pengacuanan emas dan permata, maka si-saliknya memerlukan kepada neraca syarak dalam setiap pergerakan dan juga perhentian (Lata’if al-Minan wa al-Akhlaq, 1/2).

Ahli sufi telah berkembang pesat di Mesir atas dasar kesederhanaan dan keseimbangan. Ia telah diringi dengan penubuhan khanqah (ribat atau tempat berhimpun ahli sufi) pertama di Mesir dalam era al-Nasir Salah al-Din al-Ayyubi (532 - 589 H).Maka berkembanglah sesudahnya banyak khanqah dan madrasah sufi di seluruh Mesir. Ia telah berperanan dalam melahirkan murid-murid dan para pelajar yang bersiap sedia dari segi rohani, tarbiah dan juga akhlaknya untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi, politik dan sosial yang melanda masyarakat Islam dari semasa ke semasa.
Berpegang dengan prinsip kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam, para ahli sufi di Mesir berada jauh daripada sifat melampau batas, mempunyai ciri keseimbangan dan juga jauh dari sikap keterlaluan. Tariqat-tariqat sufi di Mesir ini disatukan oleh suatu ciri khas, iaitu memberi tumpuan terhadap aspek ilmu dan juga akhlak.

Meskipun tasawuf di Mesir memiliki kehidupan rohani yang khusus, namun ia juga memberi pengaruh khusus ke atas banyak aspek kehidupan yang berada di sekelilingnya. Ia menjadi pendorong untuk terus berpegang kepada tasawuf dalam berdakwah kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia turut membantu ahli sufi dengan kuat dalam membentuk identiti agama yang sederhana di Mesir. Kaedah yang digunakannya ialah menyenangkan mesej yang dibawa dan memudahkan penyertaan di bawah panji-panjinya dalam mengharungi pelbagai tribulasi yang dihadapi oleh Mesir dalam tempoh-tempoh masa yang berbeza, di mana rumah-rumah kebajikan, zawiyah-zawiyah dan khanqah-khanqah menjadi tempat perlindungan yang selamat untuk golongan yang tertindas, golongan fakir-miskin dan juga golongan lemah. Pusat-pusat tersebut juga telah menjadi penyuluh agama yang moderat, yang mampu mengeluarkan muslim yang beramal dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya untuk berjihad demi negara dan agamanya. Dari situ, para ahli sufi telah membentuk sebahagian besar suasana agama di Mesir yang bersifat jauh dari ciri-ciri melampau dan keras.

Tasawuf juga berkait dengan mencintai Ahl al-Bayt, mengadakan majlis-majlis mawlid dan halaqah-halaqah zikir yang telah membantu untuk menarik murid-murid mengasihi masjid dan juga Ahl al-Bayt. Ia merupakan satu aspek yang telah menyumbang dalam membangunkan Islam yang sederhana dan juga membentuk identiti agama. Kecintaan ini tidak sekadar dikongsi oleh ahli sufi dan golongan Syiah semata-mata, bahkan semua umat Islam baik ahli Sunnah dan juga golongan Syiah berkongsi sama dalam kecintaan mereka terhadap Ahl al-Bayt r.a.

Ahli sufi telah dan masih terus menjadi fungsi yang aktif dan penting dalam masyarakat Islam di Mesir yang turut mendorong tariqat-tariqat sufi dalam setiap zaman supaya terus berpaksi pada usul-usul tasawuf dan berpegang kuat dengannya, serta kembali kepada peranan utamanya dalam berdakwah kepada Allah dan memimpin masyarakat dari segi agama, sosial dan juga politik, sebagaimana peranannya dahulu di sepanjang sejarahnya di Mesir. Tidak pun memudaratkannya kemunculan beberapa kumpulan dari kalangan orang-orang yang malas dan jahil yang hanya mengaut rezeki di sebalik dakwaan mereka sebagai ahli sufi dan sandaran diri mereka kepadanya. Hakikatnya, jalan tasawuf adalah jelas lagi kukuh yang tidak akan menyimpang dari jalan Allah yang lurus, meskipun menerima serangan golongan yang memusuhinya dan juga tuduhan golongan yang bermotif terhadapnya.

************
LAMPIRAN
Antara Tokoh-tokoh Tasawuf di Mesir:
1. Zu al-Nun al-Misri (245H)
2. Sayyidi ‘Abd al-Rahim al-Qina’i (592H)
3. Sayyidi 'Umar bin al-Faridh (632H)
3. Sayyidi Abu al-Hajjaj al-Aqsari (642H)
4. Sayyidi Abu al-Hasan al-Syazili (656H)
5. Sayyidi Ibrahim al-Dusuqi (669H)
6. Sayyidi Ahmad al-Badawi (675 H).
7. Sayyidi Abu al-‘Abbas al-Mursi (686H)
8. Sayyidi Muhammad al-Busiri (695 H).
9. Imam Taqiy al-Din Ibn Daqiq al-’Id (702 H).
10. Imam Ahmad ibn ‘Ata'illah al-Iskandari (709 H).
11. Sayyidi 'Ali bin Muhammad bin Wafa al-Syazili (807H).
12. Sayyidi Muhammad Syamsu al-Din al-Sultan al-Hanafi (847H).
13. Sayyidi Muhammad Abu al-Mawahib al-Syazili (lebih 850H)
14. Sayyidi Ibrahim bin 'Ali al-Matbuli (881H).
15. Imam al-Hafiz Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti (911 H).
16. Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari (926 H).
17. Sayyidi 'Ali al-Khawwas (945H).
18. Imam Syeikh ‘Abdul Wahhab al-Sya'rani (973 H).
19. al-‘Allamah Syeikh ‘Abd al-Ra'uf al-Munawi (1029 H).
20. al-'Allamah 'Abdullah bin Muhammad al-Syubrawi (1171H).
21. Syeikhul Azhar Muhammad bin Salim a-Hifni (1181H).
22. Sayyidi 'Ali bin Hijjazi al-Bayyumi (1183H)
23. al-'Allamah Abul Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir (1201H)
24. Al-Hafiz al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi (1205 H).
25. Syeikhul Azhar 'Abdullah bin Hijjazi al-Syarqawi (1227H).
26. al-'Allamah Muhammad al-Amir al-Maliki (1232H).

Friday, July 22, 2011

Jawapan Habib Munzir Al-Musawa terhadap mereka yang melawan pemerintah Muslim walaupun zholim

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari-hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
Hasan Al Banna diakui sebagai seorang yg berazazkan ahlussunnah waljamaah, namun diteruskan oleh Said hawwa, yusuf qardhawiy dan beberapa lainnya yg menolak mengakui suatu madzhab, mereka tidak mengakui 4 madzhab Ahlussunnah waljamaah, mereka mengaku punya madzhab sendiri dg memilih milih hukum atas dasar kedangkalan pemahaman ilmu hadits mereka dibanding para Imam Madzhab 4 (SYafii, Maliki, Hanafi, dan Hambali), mereka memilih satu dari madzhab ini, mengambil satu dari madzhab itu, dan memilah milah semaunya dg kedangkalan pemahaman syariah mereka.

maka ikhwanul muslimin tidak lagi diakui oleh Jumhur (mayoritas) seluruh Madzhab. 

niat mereka baik, namun telah terkotori oleh akidah wahabi dan pemahaman yg menolak bermadzhab dg madzhab yg shahih dan diakui oleh ribuan para Imam dan Hujjatul Islam, mereka cenderung memisahkan diri, sedangkan Nabi saw telah bersabda : "Barangsiapa yg memisahkan diri sejengkal dari jamaah muslimin lalu mereka wafat dalam keadaan itu, maka mereka mati dalam kematian jahiliyah. (Shahih Bukhari).

niat untuk mendirikan negara yg bersyariahkan islam yg mereka cita citakan tidak didasari dg keluasan ilmu yg mendalam, karena Islam tidak pernah mengenal negara yg bersyariahkan islam, 

khilafah islamiyah adalah untuk dunia, bukan untuk suatu negara, Rasul saw berhasil sukses dalam pengaturan dakwah dari Madinah, namun Rasul saw tak menamakan : NEGARA MADINAH, atau NEGARA MEKKAH, atau nama suatu negara, karena islam bukan untuk suatu negara, tapi untuk dunia.

Khalifah tidak pernah muncul dg kekerasan dan perebutan kekuasaan, Rasul saw adalah penguasa tertinggi islam yg berpusatkan di Madinah, namun Rasul saw tetap membiarkan Abdullah bin Ubay bin Salul sebagai penguasa madinah, padahal ia adalah gembong munafik yg dilaknat Allah swt.

Rasul saw tidak merebut kekuasaan lalu bertahta sebagai pimpinan negara, beliau adalah pemimpin seluruh manusia, namun beliau saw mengajarkan bahwa islam tidak memperebutkan kekuasaan.

ketika seorang anshar berkata pada Rasul saw : Beri kami kekuasaan/jabatan wahai Rasulullah.., maka Rasul saw menjawab : Kami tidak memberikan kekuasaan/jabatan pada orang yg memintanya. (Shahih Bukhari).

Rasul saw bersabda : Taatlah pada pemimpin muslim kepada hal yg kalian sukai dan kalian tidak sukai, namun jika diperintah untuk berbuat dosa maka jangan ditaati perintah itu (Shahih Bukhari).

Rasul saw tidak pernah mengajarkan untuk merebut kekuasaan, walau pada pemipin yg dhalim, selama ia muslim.

berkata Hudzaifah ibnul Yaman kepada Rasul saw : Wahai Rasulullah, kami dulu dalam kejahiliyahan dan kejahatan, lalu kini kami dalam hidayah dan kebaikan, namun apakah setelah kebaikan ini akan datang keburukan dan kejahatan?, 
Rasul saw : betul.
hudzaifah ra: lalu apakah setelah kejahatan itu akan muncul kebaikan lagi?
Rasul saw : betul
hudzaifah ra : apakah setelah kebaikan itu ada kejahatan lagi ?
Rasul saw : betul
Hudzaifah : bagaimana keadaan buruk saat itu?
Rasul saw : akan muncul para pemimpin setelahku, mereka tidak berjalan dengan petunjukku, dan tidak menjalankan sunnahku, dan akan muncul pada mereka manusia berhati syaitan dan bertubuh manusia,.
hudzaifah : bagaimana jika aku menemui masa itu wahai Rasulullah?, apa yg harus kuperbuat..??
Rasul saw : tetaplah taati penguasamu, walau ia mencambuk punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah taat padanya. (Shahih Muslim).

juga teriwayatkan ketika para tabiin mengadukan kejahatan khalifah Hajjaj kepada Anas bin Malik ra, maka anas bin Malik ra berkata : bersabarlah.. (Shahih Bukhari)

jelas sudah bahwa Rasul saw tidak mengajarkan pemberontakan apalagi perebutan kekuasaan walau pada pemimpin yg dholim selama ia muslim, karena Rasul saw memahami ketika muslimin memberontak pada pemimpin yg dhalim maka pemimpin itu akan membantai muslimin dan ulama, maka islam hancur sendiri dan membuat musuh islam tertawa senang, karena mereka tak perlu susah payah menghancurkan muslimin, karena muslimin sudah saling hantam dan orang baik serta ulama sudah dibantai dan dibunuh oleh penguasa muslimnya sendiri.

inilah yg tidak diinginkan oleh Rasul saw, Rasul saw menginginkan muslimin bersabar jika ada pemimpin muslim yg jahat, namun tentunya para ulama menyiapkan generasi calon pemimpin pemimpin yg baik, yg kemudian bisa menggantikan si jahat, namun itu semua hanya bisa terjadi jika ulama banyak, dan tidak dimusuhi atau diperangi oleh penguasa yg dholim.

sebagian saudara kita muslimin tidak faham hal ini, mereka ingin membuat negara dengan merebut kekuasaan, padahal itu bukan ajaran Rasul saw.

Khalifah Abubakar shiddiq ra tidak mau menjadi khalifah namun dipaksa oleh sahabat, khalifah Umar ra tidak mau menjadi khalifah namun diperintah oleh Abubakar shiddiq ra, khalifah ustman tidak mau menjadi khalifah namun sudah diisyaratkan oleh Umar ra sebelum wafat, khalifah Ali kw lari dari kejaran sahabat untuk dijadikan khalifah namun akhirnya ia terima karena dipaksa dengan keras.

semua khalifah tidak ada yg mencalonkan dirinya sebagai pemimpin, atau menjatuhkan pemimpin muslim lainnya walau dholim, 

Sayyidina Hasan bin ali ra menyerahkan khalifahnya kepada Muawiyah demi tidak terjadi perpecahan pada muslimin, 

sayyidina Husein ra datang bersama keluarganya untuk mendatangi undangan muslimin dan bukan untuk berperang dg Yazid bin Muawiyah, namun kemudian ia difitnah hingga Yazid bin Muawiyah membunuhnya.

jika sayyidina Husein ra berniat memerangi Yazid dan merebut kekuasaan, maka ia tak akan membawa anak anak dan istrinya dan para kerabatnya yg wanita, itu membuktikan bahwa Sayyidina Husein ra datang untuk kedamaian, namun difitnah seakan ia ingin merebut kekuasaan, maka iapun dibunuh.

inilah yg tak dikehendaki oleh Rasul saw.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a'lam No rek : 061-7121-494 Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw,
·         Al-Faqir:  Jadilah kita orang yang berpegang pada agama dan sentiasa dekat dengan ulama akhirat. Nasihat Habib Munzir inilah yg menyedarkan saya untuk melihat lebih jauh lagi setiap tindakan kita. Benarlah kalam Wahab bin Munabih (salah seorang tabi'in) berkata,"Ulama' di bumi bagaikan bintang di langit, jika tampak( dikenal *pent.-) Manusia memperoleh petunjuk, jika hilang manusia akan kebingungan" (Al Majmu' Syarhu Al Muhadzab, vol. I, hal. 136.

Wednesday, June 22, 2011

Tingkatan Mufti dan Klasifikasi Mufti dalam Mazhab As Syafi’i

Definisi mazhab adalah apa-apa yang dipilih oleh Imam As Syafi’i dan para pengikutnya terhadap hukum dalam berbagai masalah, sebagaimana disebutkan Imam Al Mahalli dalam Syarh beliau terhadap Al Minhaj. (lihat, Hasyiyatani Qalyubi wa Umairah, 1/7)
Dengan definisi di atas, secara automatik mazhab As Syafi’i tidak hanya mencakup pendapat Imam As Syafi’i sahaja, namun juga, pendapat para pengikutnya. Persoalan sekarang, siapa para pengikut yang berhak memberi sumbangan kepada mazhab? Pendapatnya diperhitungkan sebagai pendapat mazhab? Tentu, itu dapat dijawab dengan pemaparan tingkatan para mufti yang dianggap mu’tabar dalam mazhab.
Imam An Nawawi menyatakan dalam Al Majmu’  Syarh Al Muhadzdzab (1/71), mengenai tingkatan mufti dalam mazhab As Syafi’i. Merujuk kepada pendapat Al Hafidz Ibnu Shalah, beliau membahagi mufti dalam mazhab menjadi beberapa kelompok:

1. Mufti Mustaqil
Mufti mustaqil adalah mufti yang berada dalam peringkat tertinggi dalam mazhab, Ibnu Shalah juga menyebutkannya sebagai mujtahid mutlaq. Ertinya, tidak terikat dengan mazhab. Bahkan mujtahid inilah perintis mazhab. Tentu dalam Mazhab As Syafi’i, mufti mustaqil adalah Al Imam As Syafi’i Rhm. Imam An Nawawi sendiri menyebutkan pendapat beberapa ulama ushul bahwa tidak ada mujtahid mustaqil setelah masa As Syafi’i. (lihat, Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/72)
Keistimewaan mufti mustaqil yang tidak dimiliki oleh tingkatan mufti di bawahnya adalah kemampuannya menciptakan metode(susunan kaedah pengambilan hukum*) yang dianut mazhabnya.

2. Mujtahid Mazhab
Yakni, mufti yang tidak taklid kepada imamnya, baik dalam mazhab (pendapat) atau dalilnya namun tetap menisbatkan kepada imam karena mengikuti metode imam. ( lihat, Al Majmu’ Syarh Al Muhadzadzab, 1/72)
Contoh ulama Syafi’iyah yang sampai pada derajat ini adalah Imam Al Muzani dan Al Buwaithi, sebagaimana disebutkan Nawawi Al Bantani dan Syeikh Ba’alawi (lihat, Nihayah Az Zain, hal. 7 dan Bughyah Al Mustarsyidin, hal. 7)
Sedangkan Imam An Nawawi juga menyebutkan bahwa Abu Ishaq As Syairazi yang masa hidupnya jauh dari masa Imam As Syafi’i mengaku sampai pada derajat ini. ( lihat, Al Majmu’ Syarh Al Muhadzadzab, 1/72)
Di kalangan muta’akhirin Imam As Suyuthi juga mengaku sampai pada derajat ini, sebagaimana disebutkan Syeikh Ba’alawi. (lihat, Bughyah Al Mustarsyidin, hal. 7)
Mufti golongan inilah yang relevan bagi mereka perkataan Imam As Syafi’i (idza shahah al hadits fahuwa madzhabi*) yang melarang taklid , baik kepada beliau mahupun kepada para imam lainnya, sebagaimana disebutkan Imam An Nawawi (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/73).
Dan hal itu tidak berlaku kepada ulama yang berada di bawah paras ini, sebab itulah Ibnu Shalah sendiri berpendapat bahwa pelarangan taklid dari para imam tidak bersifat mutlak. (lihat, Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/72).
Golongan ini pula yang menurut Ibnu Shalah dan Imam An Nawawi yang berhak memperbetulkan pendapat Imam, di saat mereka mengetahui ada hadits shahih yang bertantangan dengan pendapat imam. Kenapa harus mereka? Karena boleh terjadi, imam sengaja meninggalkan hadits walau ia shahih disebabkan manshukh atau ditakhsis, dan hal ini tidak akan diketahui kecuali "tuan diri yang bersangkutan*" telah menela’ah semua karya As Syafi’i dan para pengikutnya, dan hal ini amatlah sulit, menurut penilaian ulama sekaliber Imam An Nawawi sekalipun. (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/99 dan Ma’na Al Qaul Al Imam Al Muthallibi Idza Shahah Al Hadits fa Huwa Madzhabi)

Jika seseorang sampai pada darjat ini, ia boleh menyelisihi pendapat imamnya sendiri, dan hal ini tidaklah jadi persoalan, karena sudah sampai pada derajat mujtahid walau tetap memakai kaedah imam. Tak hairan jika beberapa pendapat Imam Al Muzani berbeda dengan pendapat Imam As Syafi’i seperti dalam masalah masa nifas, Imam As Syafi’i berpendapat bahwa maksimal masa nifas 60 hari sedangkan Al Muzani 40 hari. (lihat, Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, 2/106)

3. Ashab Al Wujuh
Ashab Al Wujuh, yakni mereka yang taklid kepada imam dalam masalah syara’, baik dalam dalil maupun ushul Imam. Namun, mereka masih memiliki kemampuan untuk menentukan hukum yang belum disebutkan imam dengan menyimpulkan dan mengkiaskan (takhrij) dari pendapat Imam, sebagaimana para mujtahid menentukannya dengan dalil. Biasanya mereka mencukupkan diri dengan dalil imam. (lihat Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/73)
Imam An Nawawi menyebutkan bahwa para ulama As Syafi’iyah yang sampai pada darjat ini adalah ashab al wujuh. Yakni mereka yang mengkiyaskan masalah yang belum di-nash oleh imam kepada pendapat imam. Sehingga, orang yang merujuk fatwa mereka pada hakikatnya tidak bertaklid kepada mereka, namun bertaklid kepada imam. (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/73)
Contoh dari para ulama yang mencapai darjat ini adalah Imam Al Qaffal dan Imam Abu Hamid atau Ahmad bin Bisyr bin Amir, Mufti Syafi’iyyah di Bashrah, sebagaimana disebutkan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al Qurdi (lihat, Mukhtashar Al Fawaid Al Makiyyah, hal.53).

4. Mujtahid Fatwa
Golongan ini termasuk para ulama yang tidak sampai pada derajat ashab al wujuh, namun menguasai mazhab imam dan dalilnya serta melakukan tarjih terhadap pendapat-pendapat dalam mazhab. (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/73)
Perlu diketahui, dengan adanya mufti-mufti yang berada di atas tingkatan ini, dalam mazhab sudah banyak terjadi khilaf, baik antara imam dengan mujtahid mazhab juga disebabkan perbedaan kesimpulan para ashab al wujuh terhadap pendapat imam. Disinilah ulama pada tingkatan ini berperanan untuk mentarjih.
Nawawi Al Bantani dan Syeikh Ba’alawi menyebutkan bahwa yang berada dalam tingkatan ini Imam Ar Rafi’i dan Imam An Nawawi yang dikenal sebagai mujtahid fatwa.(lihat, An Nihayah, hal. 7 dan Al Bughyah, hal. 7)

Hal ini nampak dalam corak karya Ar Rafi’i seperti Al Aziz fi Syarh Al Wajiz, juga karya Imam An Nawawi seperti Raudhah At Thalibin dan Minhaj At Thalibin. Sehingga bagi para penuntut ilmu jika ingin mengetahui perkara yang rajih dalam mazhab boleh merujuk kepada buku-buku tersebut.

5. Mufti Muqallid
Tingkatan mufti dalam mazhab yang paling akhir adalah mereka yang menguasai mazhab baik dalam masalah yang sederhana mahupun yang rumit. Namun tidak memiliki kemampuan seperti mufti-mufti di atasnya. Maka fatwa mufti yang demikian boleh dijadikan sandaran penukilannya tentang mazhab dari pendapat imam dan cabang-cabangnya yang berasal dari para mujtahid mazhab. (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/74)
Ibnu Hajar Al Haitami,  Imam Ar Ramli dan As Subramilsi termasuk kelompok mufti Muqallid, walau sebagian berpendapat bahwa mereka juga melakukan tarjih dalam beberapa masalah. (lihat, Nihayah Az Zain, hal. 7 dan Bughyah Al Mustarsyidin, hal 7)
Jika tidak menemui nukilan dalam mazhab, maka ia tidak boleh mengeluarkan fatwa, kecuali jika mereka memandang bahwa masalahnya sama dengan apa yang nash mazhab, boleh ia mengkiyaskannya. Namun, menurut Imam Al Haramain, kes/keadaan* demikian jarang ditemui. (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/73).

Namun tentunya tidak boleh berfatwa dengan semua pendapat tanpa melihat mana yang rajih(asoh/kuat*) menurut mazhab. Syeikh Ba’ alawi menilai orang yang demikian sebagai orang yang bodoh dan menyelisihi ijma'. (lihat, Bughyah Al Mustarsyidin, hal. 9)
Jika demikian, para mufti yang berada di jajaran ini akan banyak berinteraksi dengan karya-karya para mujtahid fatwa, yang telah menjelaskan pendapat rajih dalam mazhab.

Penutup
Imam An Nawawi menyebutkan bahwa para mufti selain mufti mustaqil, yang telah disebutkan di atas termasuk mufti muntasib, dalam eri tetap menisbahkan* diri dalam mazhab. Dan semuanya harus menguasai apa yang dikuasai oleh mufti muqallid. Barang siapa berfatwa sedangkan belum memenuhi syarat di atas, maka ia telah menjerumuskan diri kepada hal yang amat besar! (lihat, Al Majmu’ fi Syarh Al Muhadzdzab, 1/74)
Tentu, amat tidak mudah untuk masuk jajaran mufti di atas hatta mufti muqallid jika orang sekaliber Ibnu Hajar Al Haitami dan Imam Ar Ramli masih dinilai berada dalam tingkatan itu! Namun ironisnya banyak anak-anak muda yang baru mencari ilmu dengan tanpa beban menyesat-nyesatkan siapa saja yang bertaklid. Kemudian menyerukan untuk mentarjih pendapat sesuai berdasarkan dalil yang ia pahami seakan-akan ia setingkat dengan Imam An Nawawi, atau bahkan menggugurkan pendapat mujtahid mustaqil dengan berargumen, idza shahah al hadits fahuwa mazhabi, seakan-akan ia satu level dengan Imam Al Muzani! Padahal yang bersangkutan belum mengkhatamkan dan menguasai kitab fiqih yang paling sederhana sekalipun dalam mazhab.
Mudah-mudahan kita terlindung dari hal-hal yang demikian. Dan tetap bersabar untuk terus mencari ilmu, hingga sampai kepada kita keputusan Allah, sampai dimana ilmu yang mampu kita serap dan kita amalkan.

Rujukan:
1. Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, Imam An Nawawi, Dar Al Fikr, th. 1425-1426 H, t. Dr.  Mahmud Mathraji.
2. Thabaqat As Syafi’iyah Al Kubra, Tajuddin As Subki, Hijr, cet. 2, th. 1413 H, t. Dr. Abdul Fattah Muhammad Al Hulwu, Dr. Muhamud Muhammad At Thanahi.
3. Nihayah Az Zain fi Iryadi Al Mubtadi’in, Nawawi Al Bantani, Al Haramain, cet. 1,th. 1426 H.
4. Bughyah Al Mustaryidin, Ba’alawi, Nur Al Huda.
5. Mukhtashar Al Fawaid Al Makiyyah, Al Allamah Syeikh Alawi bin Ahmad As Saqqaf, Dar Al Basyair Al Islamiyah, cet. 1, th. 1425 H.
6. Ma’na Al Qaul Al Imam Al Muthallibi Idza Shahah Al Hadits fa Huwa Madzhabi, Taqiyuddin As Subki dalam Majmu’ah Ar Rasail Al Muniriyah, Idarah At Thiba’ah Al Muniriyah, cet. 2, th 1343 H.
7. Syarh Al Mahalli Ala Al Minhaj dalam Hasyiyatani Qalyubi wa Umairah, Al Mahalli, Dar Al Fikr, cet. 1, th. 1419 H.

Al Faqir: 
Betapa halus dan ketatnya para Imam menyusun metode Mazhab mereka dan menurunkan kerangka dan sendi2 yang wajib dikuasai oleh Pengikutnya yang mengikuti jalan mereka sebagai 'Pewaris Nabi'. Inilah yang disebut dahan yang kuat, kukuh, selamat dan aman untuk berpaut. Untuk pedoman diri dan kepada pentajdid @ kaum muda khususnya, pepatah masyhur orang melayu, ukur baju badan sendiri. Nilailah setiap nasihat agama kita, jangan hanya tenggelam dalam bekas bejana beberapa pendapat muta'akhirin 'laa mazhabi' sedangkan LAUTAN Qaul Muslimin masih belum disentuhi dan dibasahi.

Sumber dari almanar. Diterjemah sebahagian perkataan kepada perkataan bahasa melayu yang hampir kepada maksud untuk kefahaman warga Malaysia dengan tanda asterik(*).

Monday, June 6, 2011

Al-Muttaqin TV | Saluran Ilmiah Anda

Al-Muttaqin TV | Saluran Ilmiah Anda



Bersama as Syeikh Ali Jumaah Muhammad, Mufti Kerajaan Mesir mensyarahkan Kitab Hikam Ibnu Athoillah. Mari menimba dan mengaut mutiara manikam al Hikam dari ulama tersohor Dunia Islam.









Bookmark webpage http://almuttaqin.tv/index.php untuk pedoman berharga dari ulama masyhor Ahlis Sunnah Wal Jamaah untuk melayari ujian hidup pada akhir zaman  ini.

Selamat menikmati hidangan rohani :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shaykh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Shaykh Abdullah al-Ghumari, Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani, Shaykh Ismaeel Zayn, Shaykh Hasan al-Saqqaf and Shaykh Ibrahim al-Khalifah al-Ahsai

Cinta/Love/Mahabbah/Pyiar

Beautiful advice for the seeker of truth (Al Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri)