PESANAN PENGENDALI BLOG KEPADA SEMUA AHLI ILMU

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???

"Mengenal Allah dengan ilmu seperti mendengar gula tapi belum merasai,
Mengenal Allah dengan hati seperti merasai gula"
- Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Your heart will go back to you.

Your heart will go back to you.
click the picture for more

Monday, February 28, 2011

MATI

Mati, kalimat tersebut sangat tidak mahu didengari di telinga, karena mati adalah merupakan sesuatu yang memutuskan kelazatan dari dunia. Mati adalah yang menjadikan seorang anak menjadi yatim atau piatu. Mati juga menjadikan seorang isteri menjadi janda. Tapi kematian pasti akan kita hadapi dan kita tempuhi, tidak ada seorang manusiapun yang akan selamat dari kematian itu. Baik dari golongan atas atau bawah, baik si kaya atau miskin, baik yang tua ataupun yang muda bahkan yang sihat ataupun yang sakit. Jadi mati adalah sebuah pintu yang semua kita akan memasukinya sebagaimana berkata sya'ir:

المَوْتُ بابٌ وكلُّ النّاسِ داخِلُهُ، يا لَيتَ شعريَ، بعدَ البابِ، ما الدّار
الدّارُ جَنّةُ خُلْدٍ، إنْ عَمِلتَ بما يُرْضِي الإلَهَ، وإنْ قصّرْتَ، فالنّارُ


"Mati adalah pintu dan setiap manusia akan memasukinya. Wahai demi umurku, Apakah tempat setelah pintu. 
Surga yang kekallah tempat tinggal, jika kau beramal dengan apa yang diridohi oleh Allah, jika engkau tidak maka nerakalah tempatnya."


Kematian pasti datangnya dan Allah swt, telah memperingati kita tentang kematian ini. Sebagaimana firman-Nya :

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ.}
(آل عمران: 185)

"Tiap –tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali Imran - 185)

قال تعالى:
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ .)
 (الأنبياء: 35)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Al-Anbiya' -35)

Berdasarkan ayat diatas berarti kematian pasti akan mendatangi setiap makhluk. Kehadirannya tak dapat ditolak, meskipun oleh seorang raja yang memiliki kekuasaan. Kematian tidak dapat ditolak oleh para hartawan dengan kekayaannya. Dan kematian juga tidak dapat ditolak dengan mendatangkan seluruh doktor pakar di dunia ini. Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam telah mengingatkan kita untuk memperbanyak mengingati kematian.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم «أكثروا ذكر هاذم اللّذات (رواه الترمذي والنسائي وصححه    ابن حبان)

Dari Abi Hurairoh ra berkata : adalah rasulullah banyak menyebutkan : " perbanyakkanlah kamu dari mengingat yang memutuskan kelazatan (mati) (H.R. Tirmidzi , an-Nasa'i dan mensahihkannya Ibnu Hibban).

Kalau kita hendak mencermati/mendalami hakikat kematian , nescaya kita tahu bahwa ia adalah suatu perkara yang besar. Ia adalah Piala yang bergilir bagi setiap orang yang berdiam di suatu tempat maupun yang suka pergi berkelana/mengembara. Dengannya seorang hamba keluar dari dunia menuju syurga atau neraka. Didalam al-Qur'an Allah mengulang-ulang kalimat موت baik dengan kalimat fi'il mahdi atau masa fi'il mudhorik atau fi'il amar atau masdar. Ataupun yang disandarkan kepada dhomir ada sebanyak 133 kali. Tak ada yang harus dikhawatirkan dalam kematian . Ia adalah pintu yang setiap orang pasti akan memasukinya. Tetapi yang menjadi masalah serius adalah , apa yang terjadi setelah kematian? Apakah berupa taman dan sungai yang mengalir , dalam tempat yang dijanjikan Allah ataukah berupa kesesatan dan api yang bergejolak? Maka orang-orang shalih sangat rindu ,ingin segera bertemu dengan rabb mereka. Menyiapkan bekal kematian, yang menjadi gerbang menuju negeri akhirat. Ya , mereka bahagia menyambut kematian , selagi kematian itu mendekatkan diri kepada Rabb mereka.


Demi Allah! … itulah keberuntungan yang besar. Ketika dihadapkan pada Rabbul 'Alamin, mereka bangga dengan cara kematian yang mereka alami. Wajah mereka putih dan derajat mereka tinggi. Orang –orang shalih menghadapi kematian dengan jiwa yang tenang . Tujuan mereka hanya satu, mati dalam keadaan diridhoi Allah swt. Mereka itu, sebagaimana disebutkan Allah dalam firman-Nya:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ. (آل عمران: 102 

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Ali Imran - 102)




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber nasihat ikhwan: ISLAMI


Terjemahan pada makna B.Melayu dari B.Indonesia yang terdekat oleh alFaqir dan sedikit editing penambah baikan untuk kefahaman kita, warga Malaysia.


AlFaqir menambah: Hargailah Masa yang ada, Kejarlah Mardhodillah. Senantiasalah bertaubat,Buatlah Kebaikan sebanyak mungkin, jangan berkira-kira dengan Tuhan dengan kebaikan, jagalah pergerakan hati supaya senantiasa ada bersama Tuannya. Gembiralah kerana Allah Tuhan kita dan Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam itu Rasul penghulu kita. Selingkanlah 'kegembiraan' itu dengan segala suruhan Allah Robbal Alamin dan Rasul mulia Junjungan kita. Sebelum masa yang dikhabarkan tiba menyambut...


 'Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhNya Engkaulah satu-satuNya Tuhan kami, Ampunilah kami, pimpinlah kami diatas jalan yang lurus. Janganlah tinggalkan kami walau sesaat  pada makhlukMu. Ya Allah, jadikanlah kami kakitangan pada menyebar Agama Mu iaitu ISLAM, supaya nanti di Sirat nanti, Nabi penghulu kami, cahaya mata dan penyejuk hati kami akan mengenal kami dan menyambut kami dengan piala air ditangan baginda di telaga al Kautsarnya. Yaaa Allah Tuhan Sekalian Alam... makbulkan doa kami Yaa Allah, Yaa Arrhamarrahimin. Yaa Ghafurrurahim... ' 


Wednesday, February 23, 2011

Nik Aziz Jawab Dr M

Nik Aziz Jawab Dr M

Selepas 2 hari, tulisan Dr Mahathir dijawab oleh Nik Aziz dalam laman facebooknya:

1. Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.
        
2. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

3. Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

4. Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaa n tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

            Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

            Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

5. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

6. Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

7. Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :
وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

8. Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :
فرقت به جماعتهم!
Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

            Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
            Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.  Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.  Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

            Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Admin:
 Sudah terang lagi bersuluh. Hanya pada Allah kami memohon taufik dan hidayah. Moga panji al Haq akan kembali tersinar diseluruh alam.

Amin Ya Robbal Alamin.

Dr M Attack Nik Aziz

Berikut tulisan Tun Dr Mahathir pada 31/1/2011 dlm blognya:

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.


4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.


Admin:


Selepas 2 hari, tulisan Dr Mahathir dijawab oleh Nik Aziz dalam laman facebooknya:bertarikh 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011. Sila lihat post seterusnya.

Wasiat As Syeikh Assyahid Hassan al Banna

Renungilah Wasiat beliau pada kaum muslimin.


Oleh: Ibnu Ismail (entry asal disini)


As Syeikh Assyahid Hassan al Banna


1. Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana ia merupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Respon Terhadap Tohmahan Maza dan Pendapat Ulama mengenai keadaan di Timur Tengah

RABU, FEBRUARI 23


Respons Terhadap Tohmahan MAZA

Ese postkan beberapa tulisan yang menjawab tohmahan MAZA terhadap Syaikh Ali Jum'ah. Ini ese petik dari taman indah Ustaz Mohd Khafizh Soroni hafizahUllah. Harap MAZA dapat melihat dirinya sebelum memperlekehkan ulama sebesar Mufti Mesir. Nampaknya ada rencana hendak memperlekehkan para ulama kita di Mesir dan Azhar, contohnya semalam kat ruangan pembaca Utusan Malaysia ada surat yang memperlekehkan pelajar Azhar dan memuji - memuja universiti kat Saudi Arabia ... Kenapa ye ???? Kalau nak kata Azhar kihak sebab pelajarnya, yalah bukan semua pelajar tu belajaq, yang makan tido pun ada. Dan pelajar sedemikian kat mana-mana pun ada. Ese pun ada kekawang yang ngaji Saudi tujuh lapan tahun berjiran ngan Nabi, tapi dak berapa kenal ngan Nabi. So cam na ni ??? Setakat ini saja komen ese, kalau berlebih nanti keluar pulak #@**** &&&&%$^$^& iiieeeee goramnyeeeeeeeeee....
**********************************************************

Mempertahan Syeikh 'Ali Jum'ah حفظه الله


Syeikh 'Ali Jum'ah Adalah Imam Walau Si-Pembenci Benci Sampai Mati Sekalipun..

Syeikh 'Ali Jum'ah adalah manusia biasa yang tidak maksum, namun beliau adalah seorang alim yang jarang ada tolok bandingnya pada masa kini. Mungkin beliau tersilap menjangka dalam dua-tiga perkara, namun ini tidak mengharuskan untuk kita menafikan semua nilai dan sumbangan besar yang dilakukannya dalam medan ilmu, dakwah dan survival ummah.

Kedudukan sebagai mufti adalah satu kedudukan yang amat besar risikonya yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Tentunya fatwa atau kenyataan yang akan dikeluarkan mengambilkira pertanyaan Allah SWT di akhirat nanti. Apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan darah.

Jangan cepat mengecam ulama dan membuat perbandingan dengan ulama lain yang sangat berbeza status dan kedudukan. Ada baiknya dalam perkara-perkara yang kita tidak pasti letak-duduk atau hakikat sebenarnya kita diamkan sahaja, walaupun dalil-dalil yang kelam-samar begitu banyak kecuali jika dalil-dalil tersebut menjadi jelas-terang tanpa berselindung lagi. Lebih baik diam dari mengucap kata-kata yang belum tentu betulnya.

Oleh kerana masa terluang amat sedikit, tak dapat saya nak menghurai lebih lanjut. Maka saya bawakan saja di sini tiga entri berkaitan yang dipetik dari blog sahabat-sahabat dengan sedikit editting.

----------------------------------------
1. Dr. Asmadi Mohamed Naim (entri asal)

Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.

Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.

Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.

Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.

Wallahu a'lam.

------------------------------
2. Ustaz As-Syazuli (entri asal - maaf ya, nama individu terlibat saya samarkan bagi terbitan blog ini)




Dr *** hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'



Dr *** tidak setanding Dr Ali Jum'ah 

Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr *** dilaman beliau. Dr *** sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr *** juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr *** perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr ***. Saya rasa Dr *** perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.


Sebab Dr Ali Jum'ah suruh rakyat Mesir pulang ke rumah

Pada awal demonstrasi Dr Ali Jum'ah telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada revolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir.

Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. Kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. Layari sini.

Ketika itulah Dr. Ali Jum'ah mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidak mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda Nabi SAW: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

Tuduhan Dr *** amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Jum'ah hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana *** bukanlah anak murid Dr Ali Jum'ah, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.


Insaflah..

Saya amat berharap Dr *** bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr *** amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jum'ah dan Dr Ramadan Al-Buti. Saya rasa Dr *** perlu lebih beradab...


5:29 09-02-11
Iskandariah Mesir.


------------------------------------------
3. Ustaz Muhammad Husni Ginting (entri asal)


Menjelaskan sikap Syeikh Azhar dan Mufti Mesir terhadap Demontarsi di Mesir
Banyak dikalangan kita yang tidak menjaga lidah dan hatinya terhadap ulama-ulama Islam yang telah berjuang untuk meninggikan Islam, terlebih lagi pada saat ini, setelah terjadinya revolusi rakyat Mesir yang mengakibatkan Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarok meletakkan jabatannya kepada Majlis Petinggi Tentera.
Sebahagian orang menuduh Syeikh Azhar Ahmad Toyyib dan Doktor Ali Jum`ah tidak pro terhadap demontrasi yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemuda Mesir, mereka menganggap Syeih Ahmad Toyyib dan Syeikh Ali Jum`ah adalah ulama yang jahat dan penjilat pemerintah, mereka tidak mampu untuk bersangka baik terhadap ulama-ulama Islam.
Mereka menganggap bahwa Syeikh Azhar berdiri bersama pemimpin yang zolim, mereka juga bertanya kenapa Azhar tidak berfatwa seperti Syeikh Yusuf Qardhawi tentang bolehnya revolusi, sebelumnya saya akan sebutkan sikap dan fatwa Syeikh Ahmad Toyyib ketika terjadinya demontrasi rakyat Mesir.
1 - Syeikh Ahmad Toyyib memperbolehkan demontrasi dengan syarat aman, dan jauh dari kekerasan, sebab jika ada kekerasan maka akan dapat menimbulkan fitnah kepada umat Islam sendiri.
2 - Ketika terjadi demontrasi dengan kekerasan (tanggal 28 - 1 - 2011) sehingga gedung-gedung pemerintahan di bakar, mobil-mobil polisi di bakar, sehingga jatuh korban dari pihak pendemontrasi dan pihak kepolisian, kedai, toko-toko dan pusat perbelanjaan di rampas, di jarah dan di hancurkan maka turunlah seruan Syeikh Azhar agar para pendemontrasi tidak menggunakan kekerasan, membakar, dan menjarah barang-barang dagangan.
3 - Ketika terjadi bentrokkan diantara Pro Husni Mubarok dan Pro Demontrasi sehingga merenggut jiwa dari kedua belah pihak, maka Syeikh Azhar menghimbau agar pemuda-pemuda datang ke Masyaikhatul Azhar membicarakan jalan keluar yang terbaik untuk ummat sehingga tidak menelan korban jiwa dari kalangan umat Islam, keresahan Azhar sangat terlihat ketika kondisi Mesir menjadi kacau dan tidak aman, jadi menurut Syeikh Azhar jalan yang terbaik adalah duduk bersama berunding mencari jalan penyelesaian.
4 - Ketika banyaknya pendemo yang jatuh menjadi korban maka Syeikh Azhar mengeluarkan pernyatan bahwa orang yang meninggal ketika waktu berdemontrasi adalah gugur secara syahid, sebagaimana yang di jelaskan oleh duta besar Azhar dan juru bicaranya Rifa`ah Thahthawi di surat kabar mingguanSautul Azhar 15 Rabi`ul Awwal 1432 H.
5 - Syeikh Azhar juga mengutus Doktor Hasan Syafi`i ke Medan Tahrir untuk menyampaikan seluruh perasaan hati Syeikh Azhar, tetapi disebabkan ramainya para pengunjuk rasa sehingga Doktor Hasan Syafi`i tidak mampu masuk ke Medan Tahrir, sehingga beliau turun bergabung dengan para pendemontrasi di kawasan jalan Masbiru (berhampiran dengan pusat televisi dan medan Tahrir -red).
6- Syeikh Azhar juga menegaskan bahwa Azhar berdiri bersama rakyat Mesir dan perubahan.
Di sini juga saya ingin menegaskan bahwa antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Ahmad Toyyib memiliki pandangan yang berbeda didalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Mesir, dan ini suatu kewajaran bagi ulama Islam yang memiliki keilmuan dan kekuatan untuk berijtihad, kedua-duanya menginginkan maslahah yang baik bagi umat Islam, tetapi jalan pemikiran dan dasar-dasar dalil mereka memiliki perbedaan.
Perbedaan pendapat Syeikh Ahmad Toyyib dengan Syeikh Qardhawi bukan berdasarkan kecintaan terhadap dunia, tetapi berdasarkan mana yang paling terbaik dari antara yang baik dan menjauhkan kemudratan yang lebih besar dari umat Islam khususnya rakyat Mesir.
Di tegaskan oleh jugu bicara Azhar Rifa`ah Thahthawi bahwa Syeikh Azhar telah mengundang Syeikh Yusuf Qardhawi untuk mengadakan berbagai macam kegiatan di Mesir, yang selama ini (sebelum diangkatnya Syeikh Ahmad toyyib menjadi Syeikh Azhar -red) Syeikh Yusuf Qardhawi tidak boleh datang dan mengisi program ilmiyah di Mesir dan Azhar, tetapi Syeikh Ahmad Toyyib membuat perubahan dengan menerima Syeikh Qardhawi menjadi anggota Dewan Pusat Penelitian Islam (Majma` Buhuts Islami - red) dan mengundangnya untuk menghadiri dan menyampaikan kajian ilmiyah di muktamar Ikatan Graduan Azhar, pada tanggal 25 Januari 2011 Syeikh Qardhawi juga hadir dalam jemputan Syeikh Azhar, tetapi pihak keamanan dan kepolisian Mesir ingin menangkap Syeikh Yusuf Qardhawi, dengan lantang Syeikh Ahmad Toyyib berkata kepada kepolisian; " Bila kamu tangkap Syeikh Yusuf Qardhawi maka saya akan meletakkan jawatan dari Syekh al-Azhar".
Beginilah sikap Syeikh al-Azhar terhadap Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau sangat menghormati Syeikh Qardhawi.
Ada juga di kalangan ulama yang berpendapat bahwa perubahan itu di tuntut, berunjuk rasa itu perlu tetapi tidak dengan kekerasan, dan tidak boleh memberontak dan keluar dari pemimpin dan menuntutnya turun, tetapi bersabar sebagimana yang telah berlaku dengan ulama salafus solihin. alasan mereka sebagai berikut :
1 - Didalam agama Islam tidak ada ketentuan berapa tahun khalifah dan pemimpin menjabat kedudukan, tidak di sebutkan didalam al-Qur`an dan al-Hadis tentang masa jabatan, sebab itulah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Mu`awiyyah menjabat kedudukkan khalifah sampai hayat mereka, dan hal ini telah berjalan terus sampai masa ke khalifahan Usmaniyah, bagaimana jika kita membuat kembali kekhalifahan Islam, apakah khalifah sepanjang umur atau di tentukan waktunya, cobalah cari dalil qur`an dan sunnah tentang penetapan batas waktu jabatan pemimpin.
Lagi pula Mubarok telah menegaskan bahwa dia tidak akan mengikuti pemilihan umum lagi, dan masa jabatannya akan berakhir pada bulan september tahun 2011 ini, dengan begitu perlu bersabar sampai bulan september sehingga tidak menelan korban jiwa yang banyak.
2 - Kezoliman Mubarok bukan berarti membolehkan kita untuk keluar dari kekuasaannya, sebab Rasul telah melarang hal yang demikian.

عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : " من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية
Artinya : "Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walaupun satu jengkal maka dia mati seperti orang jahilyyah". HR Bukhari. 6665.

3 - Hadis Rasulullah s.a.w :
عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك
فشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : " اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم " سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم

Artinya : Berkata Zubair : Kami mendatangi Anas bin Malik, maka kami mengadu kepadanya dari kezoliman Hajaj yang menimpa kami. Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, karena tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa tuhanmu. Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu s.a.w. HR. Bukhari no: 6675.



4 - Hadis Rasulullah s.a.w.:
سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال " اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم


Artinya : Salamah bin Yazid bertanya kepda Rasulullah s.a.w. beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatmu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami (keta`atan ), dan tidak memberikan kepada kami hak-hak kami. Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat? Maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia (Salamah-red) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya, bersabda Rasulullah : Dengarkan dan ta`atkan kamulah (pemimpin-pemimpin kamu-red) Sesungguhnya atas mereka tanggung jawab yang mereka bawa, dan diatas pundak kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846).


Cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.

Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi (w. 321 hijriyah) :


ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا

Artinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat. (Aqidah Tohawi)

Dari hadis seperti ini lah para shabat dan tabi`in bersabar dari kezoliman Hajaj as-Saqafi yang telah banyak membunuh dari para sahabat Rasul dan Tabi`in.

Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa (didalam permasalahan al-Qur`an itu makhluk atau qadim), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk membrontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.

Ini adalah sikap ulama-ulama salaf, kita tidak boleh kata mereka bodoh kerena tidak berusaha untuk mengobah keadaan tetapi mereka sudah menasehati, jadi tindakan terakhir bersabar atas kezoliman.
Sebenarnya masih banyak lagi alasan ulama-ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin tanpa keputusan undang-undang tetapi kami padakan saja dalil mereka.
Kesimpulannya :
1 - Janganlah kita mudah berburuk sangka dan menghina apa yang telah di sampaikan oleh ulama-ulama kita, cobalah mengambil segi baiknya, sebab mereka berpendapat seperti itu karena memiliki alasan yang tertentu dan berdalilkan syari`at.
2 - Perjuangan rakyat Mesir belum habis, memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk mencapai tujuan, membersihkan Mesir dari raswah, korupsi , dan kejahatan, lihat Tunis sampai sekarang msih dalam keadaan tidak aman, kita juga perlu lihat Indonesia yang pernah berhasil menjatuhkan Suharto karena beliau suka korupsi dan zolim, tetapi setelah revolusi terjadi, Suharto jatuh dari kursinya, korupsi juga masih berjalan, roswah juga masih berlaku, kejahatan juga tidak pernah reda.
3 - Mesir bukan hanya memerlukan revolusi Presiden tetapi juga sangat memerlukan revolusi akhlak, yang mana akhlak pemudanya sekarang benar-benar rusak, ganja, obat-obat terlarang sudah menjadi teman bagi sebahagian pemuda, pencurian, penodongan dan pembunuhan juga banyak berlaku, membuang sampah di jalanan, kencing di sembarang tempat, tidak menjalankan tugas dengan benar dan ssterusnya, jika kita telah berhasil merubah presiden tetapi tak mampu merubah akhlak rakyat maka jangan heran jika akan datang presiden berikutnya yang suka roswah dan korupsi, jangan heran jika kita ingin melaksanakan segala penyiapan surat menyurat mendapat kata-kata: " Bukrah" ( Besok - red ).

Admin: 

InsyaAllah, diharap pembaca mendapat pencerahan sedikit sebanyak mengenai situasi yang berlaku di Timur Tengah dan penglibatan ulama dalam hal tersebut. Perbuatan dan diam para ulama tersohor ASWJ mempunyai makna kerna hati mereka telah mendapat sifat Nabi iaitu kasih pada umat dan risau pada maslahat umat. Nasihat alfaqir supaya dekatlah dengan ulama, kasihkan mereka, tuntutlah ilmu dari mereka dan ambil tahu urusan dakwah mereka kerana mereka itu adalah pewaris Nabi seperti maksud Hadis. 

Alfaqir menambah; 

Warisan Kefahaman Islam, Iman dan Ehsan berada pada dada ulama(ASWJ) bukan pada kitab-kitab.Sebab itu Allah akan mengangkat ilmu agama dari muka bumi ini bukan dengan kemusnahan atau kehilangan kitab ilmu tetapi dengan mematikan ulama(maksud hadis).Oleh itu, hargailah mereka yang masih ada sekarang sebelum mereka pula dijemput.

Tuesday, February 22, 2011

Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”

Oleh: Al-Ashairah





Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;

1 .    Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.

2.    Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.

3.    Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.

4.   Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.

5 .     Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.

6 .     Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.

7.    Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.

8.    Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.

9.   Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.

10.  Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.

11 .  Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.

12 .  Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.

13.  Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspektif Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.

14 .  Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.

15.  Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.
Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.

16 .  Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga Allah SWT memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.

 Admin: 

    Artikel ini diambil daripada Penulis/Pensyarah yang mempertahankan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah, kefahaman yang benar dan menyeluruh mengenai racun Wahabi, Alhamdulilah, Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati penulis dan kita semua pada zaman Fitnah ini. Telitilah sumber rujukan kita tuan-tuan, beleklah kitab-kitab karangan ulama muktabar ASWJ,bergurulah secara bersemuka (talaqqi & musyahadah) pada guru-guru mursyid dalam bidang Tauhid, Fiqh, Tasawuf, Hadis dan Sirah Nabawiyah untuk mendapat keseluruhan kefahaman agama yang sebenar dan bersabarlah dalam menuntut ilmu. Istiqamah itu penting dalam menuntut ilmu. jangan menuntut ilmu dengan nafsu serakah, dibebankan akal kita pada satu-satu masa dengan tiada haq. Ikhlaskan kerana Allah dan iringi dengan permohonan doa supaya ditunjuk dan dipimpin oleh Allah.InsyaAllah, Allah Taala tidak akan membiarkan hambaNya yang ikhlas hatinya sepanjang masa dalam mencari kebenaran dan keredaan-Nya dalam kesamaran dan kesesatan selama-lamanya. Amin Ya Allah...Ya Robbal Alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shaykh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Shaykh Abdullah al-Ghumari, Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani, Shaykh Ismaeel Zayn, Shaykh Hasan al-Saqqaf and Shaykh Ibrahim al-Khalifah al-Ahsai

Cinta/Love/Mahabbah/Pyiar

Beautiful advice for the seeker of truth (Al Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri)