PESANAN PENGENDALI BLOG KEPADA SEMUA AHLI ILMU

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam!!!"

Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???

"Mengenal Allah dengan ilmu seperti mendengar gula tapi belum merasai,
Mengenal Allah dengan hati seperti merasai gula"
- Sultanul Auliya Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Your heart will go back to you.

Your heart will go back to you.
click the picture for more

Wednesday, April 6, 2011

Kalam Habibana Munzir Al-Musawa di Madras An-Nur

Kalam Habibana Munzir Al-Musawa di Madras An-Nur




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Guru kita yang kita cintai dan kita muliakan Al fadhillatul Sayyid ad daie illallah alHabib Ali Zainal Abidin Al-Hamid, semoga dalam keberkahan Allah. Hadirin hadirat dan para habaib yang hadhir di siang hari ini di majlis ta’lim annur.

Limpahan puji ke hadirat Allah SWT Yang Maha Luhur, Yang Maha Membuka limpahan Rahsia kemuliaan, Yang Maha Membuka Rahsia Cahaya Kehidupan, Yang Maha Menciptakan cahaya dari tiada, cahaya yang menembus bukan hanya cahaya termuliakan tetapi cahaya jiwa, cahaya ucapan, cahaya pendengaran, cahaya doa, cahaya munajat, cahaya sujud, cahaya doa, cahaya memohon kepada Allah, cahaya nama Allah, cahaya keluhuran Allah, cahaya kemuliaan Allah, cahaya kewibawaan Allah dan kesemua itu telah dirangkum lebih agung dan lebih banyak dari seluruh makhluk yang ada di alam semesta dan semua kemuliaan itu telah Allah padukan satu persatu untuk menerangi jiwa umat Nabi Muhammad saw. dan hamba-hambanya yang beriman hingga jiwa mereka menjadi cahaya hingga Rasul saw berdoa;

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا كَانَ فِي دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَللّهُمَّ اجْعَلْ فِيْ قَلْبِيْ نُوْرًا وَفِيْ بَصَرِيْ نُوْرًا وَفِي سَمْعِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِيْ نُوْرًا وَفَوْقِيْ نُوْرًا وَتَحْتِيْ نُوْرًا وَأَمَامِيْ نُوْرًا وَخَلْفِيْ نُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا
 
صحيح البخاري   )
" Dari Ibn Abbas ra berkata : Diantara Doa Nabi saw : "Wahai Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, dan pada penglihatanku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dikananku cahaya, dan dikiriku cahaya, dan diatasku cahaya, dan dibawahku cahaya, dan didepanku cahaya, dan dibelakangku cahaya, dan jadikan untukku cahaya". ( Shahih Al Bukhari )
Sebagaimana diriwayatkan dalam Shahihul Bukhari.
Bahawa orang yang sudah paling bercahaya dari seluruh makhluk yang bercahaya ini, Tetap meminta cahaya kepada Allah SWT.
Fahamlah kita bahawa cahaya keluhuran itu, cahaya kemudahan, cahaya kebahagian, cahaya kemakmuran, cahaya khusyuk,  cahaya munajat dan cahaya kemuliaan itu semua, telah Allah simpankan kepada Sirrajan Muniirah Muhammad Rasulullah saw
Aku dan kalian dipanggil disiang hari ini berkumpul di majlis ta’lim annur dan bersama cahaya kemuliaan cara hakikat, insyaAllah, setiap detik kita hadir ditempat ini Allah bukakan rahsia kemuliaan cahayaNya hingga menyingkirkan kegelapan jiwa dari sifat-sifat dan dari kehendak dan keinginan-inginan yang hina, dari keinginan-inginan yang fasaq
Sungguh muncul masalah didaratan dan lautan banyak terdapat musibah kerana itu semua perbuatan manusia sebagaimana firman Allah SWT.
 Tiada satu pun musibah yang datang menimpa kita kecuali sebab dari dosa kita sendiri dan Allah sudah lebih banyak memaafkan.
Hadirin hadirat yang dimuliakan Allah, didalam perkumpulan luhur seperti ini layaklah kita untuk memperdalam khusyuk dalam menerima mutiara-mutiara illahi yang disampaikan oleh guru kita alhabib Ali Zainal Abidin.
Di dalam kehadiran ini para Malaikatul Muqarabin turun dan mencatat nama-namamu, dilaporkan kehadirat Allah SWT. Dan Allah membukakan rahsia kemakmuran, kebahagian, keluhuran dan kemudahan di dunia dan diakhirat dengan gerbang rahmatnya iaitu Saidina Muhammad saw.
Pintu rahmatnya Allah SWT yang mana Rasul saw bersabda ;

قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ   عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُعْطِيْتُ مَفَاتِيْحَ اْلكَلِمِ وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ   وَبْيَنمَا أَناَ نَائِمٌ اَلْباَرِحَةَ إِذْ أُتِيْتُ بِمَفَاتِيْحِ خَزَائِنِ   اْلأَرْضِ حَتَّى وُضِعَتْ فِيْ يَدِيْ، قَالَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ فَذَهَبَ رَسُوْلُ   اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَأَنْتُمْ تَنْتَثِلُوْنَهَا  
(صحيح البخاري)
Bahawa Allah SWT meletakkan kunci-kunci dari kunci-kunci kejayaan dunia حَتَّى وُضِعَتْ فِيْ يَدِيْ seluruh kejayaan yang ada dibumi telah digenggamkan ditanganku kata Rasul SAW. Menunjukkan Kecemerlangan didalam segala skill, Samada di dalam biologi? Samada di dalam fizikal? Samada di dalam perniagaan? Samada di dalam pertanian? atau di dalam segala perbuatan yang kita perbuat, kejayaannya sudah ada didalam genggaman tangan Saidina Muhammad SAW.
Belum tentu kita berjaya berdagang, belum tentu kita berjaya sebagai ilmuwan, belum tentu kita berjaya sebagai suami atau sebagai isteri, belum tentu kita berjaya sebagai anak atau sebagai ayah dan ibu namun kalau kita mengikuti tuntunan sang Nabi. Beliau SAW telahpun bersabda,
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُعْطِيْتُ مَفَاتِيْحَ اْلكَلِمِ وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ وَبْيَنمَا أَناَ نَائِمٌ اَلْباَرِحَةَ إِذْ أُتِيْتُ بِمَفَاتِيْحِ خَزَائِنِ اْلأَرْضِ حَتَّى وُضِعَتْ فِيْ يَدِيْ، قَالَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ فَذَهَبَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَأَنْتُمْ تَنْتَثِلُوْنَهَا
(صحيح البخاري)
 Allah berikan kepada ku seluruh kunci-kunci kejayaan di dunia sampai diletak ditelapak tanganku.
Maka berkata abu Hurairah ra dalam hadis riwayat Shahih AlBukhari ini;
عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ وَأَنْتُمْ تَنْتَثِلُوْنَهَا َ إِذْ أُتِيْتُ بِمَفَاتِيْحِ خَزَائِنِ قَالَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ فَذَهَبَ رَسُوْلُ
Maka setelah Rasul saw wafat, maka kalianlah yang mewarisinya.
Hadirin hadirat, warisi kemulian-kemulian cahaya bimbingan Saidina Nabi saw.
Apapun yang akan kau niatkan diberikan oleh Allah SWT dan
Yang kedua adalah sabda rasul saw;
Yang ini yang terakhir kerana waktu sudah singkat kerana kita mohon maaf kerana waktu kita terlambat,  ini yang terakhir tetapi wasiyah ini membuka seluruh rahsia kemuliaan tugas para daie dan para wali hingga akhir zaman.
Rasul saw, ia duduk dengan para sahabatnya dalam Shahih AlBukhari seraya bersabda:
 بَلِّغُوْا عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً                                                                  
"Sampaikan dariku walau hanya satu ayat."
Ucapan ini menjadi Arahan sekaligus Terbitnya cahaya pertolongan dari Allah dan cahaya kewibawaan dari Allah dan kemudahan dari Allah untuk para daie menyeru kejalan Allah sehingga mencapai kejayaan ada pada Rasul dengan ucapan
بَلِّغُوْا عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً                                                            
Sampaikan dariku, ucapan-ucapanku, hadis-hadisku sampaikan walaupun cuma satu ayat, Maksudnya;  
Walau kita tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak barangkali ada yang ada diantara hadirin ada yang belum boleh membaca Al-Quran, ada yang belum fasih baca al-Fathiha, Jangan putus asa.
Sampaikan apa yang kau mampu maka tunggu saat itu, tanpa kau sedari kau menjadi wakil Saidina Muhammad saw
Suratul wakil telah diberikan oleh Rasul saw
بَلِّغُوْا عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً                                                                       
                     Sampaikan dariku walau hanya satu ayat                           
Kalau saya bercakap pada saudara-saudara, misalnya saya berkata, Tolong sampaikan kotak tisu ini kepada teman saya fulan. Apakah maksudnya? Maksudnya kau telah ku percaya untuk menyampaikan ini kepada temanku, Bukankah demikian? Rasul SAW begitu percaya kepada kita semua sehingga beliau berkata, bukan hanya untuk ulama sahaja, bukan hanya untuk waliyullah sahaja, tetapi untuk seluruh umat Beliau SAW.
بَلِّغُوْا عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً                                                                         
Beliau merangkumkan dan memeluk seluruh umatnya untuk menjadi wakil perantara dan dakwah Saidina Nabi Muhammad SAW.
Semoga Allah SWT mengangkat darjat kita hingga kepuncak-puncak  keluhuran, semoga Allah SWT menerangi jiwa kita dengan cahaya, menerangi penglihatan kita dengan cahaya, menerangi pendengaran kita dengan cahaya, cahaya keluhuran, cahaya kebahagian, cahaya kesucian, cahaya pengampunan, cahaya kemudahan, cahaya doa, cahaya munajat, cahaya khusyuk, cahaya wudhuk, Ya! Rahman, Ya! Rahim, cahaya sujud, cahaya seluruh Al-Quran dan seluruh cahaya kau turunkan dengan cahaya terbesarMu, Saidina Muhammad saw wabarakah alaih wa ala alaih.
Dan tidak lupa kita doakan, Shohibul Majlis guru kita Fadhilatul Sayyid Alhabib Ali Zainal Abidin AlHamid, semoga dipanjangkan usianya, ditambahkan keberkahannya, diangkat darjat setinggi-tingginya, semoga menjadikan madrasah ini sebagai benteng Rasulullah saw untuk wilayah sekitar hingga semakin terbit dan terbit lalu semakin agung menjadi wakil darpada hadis Saidina Nabi saw
                                                                                                              بَلِّغُوْا عَنِّيْ وَلَوْ آيَةً
Amin.. Allahumma amin
Rabbi , antara kami ada yang masih mempunyai dosa, jangan ko sisakan satu dosapun yang masih tersisakan dari kami setelah kami keluar dari majlis ini Ya Allah.
Pastikan kami semua wafat didalam husnulkhatimah, Pastikan kami semua hidup dalam kebahagian dan sekiranya kami terjebak dalam dosa, bangkitkan keinginan kami untuk segera bertaubat dan jadikan akhir hidup kami, akhir nafas yang terakhir adalah nafas yang Paling rindu kepada Mu Ya Allah, sebagaimana firmanmu dalam hadis Qudsi diriwayat Shahih AlBukhari  
مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللهِ أَحَبَّ اللهُ لِقَاءَهُ                                                           
"Barang siap yang rindu jumpa denganku, aku rindu jumpa dengannya"
Saat roh sudah dicabut dari tubuh kami, wahai Allah. Tinggallah jasad yang penuh dengan noda yang akan hancur lebur ini.
Jasad apa yang diturunkan ke dalam perut bumi itu?
Pastikan jasad dan makhluk yang merindukanMu, Ya Allah. Diakhir nafas kami, kami berada dalam puncak kerinduan padaMu dan puncak dirindukan oleh Mu. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.  
Hal ini mustahil kami dapatkan  kecuali dari cahaya kasih sayangMu, kami minta bahagia dunia dan akhirat. Hapuskan dosa-dosa kami, dosa kerabat kami dan anak putra kami, keluarga kami. Barangkali ada kerabat atau teman atau ayah bonda kami yang telah wafat yang hingga di siang hari ini yang masih menjerit di dalam kuburnya sebagaimana sabda Rasul saw;
Kalau bukan kalian saling wafat satu sama lain akan ku minta pada Allah agar kalian mendengar rintihan dan jeritan mereka yang di dalam kubur.
Hadirin hadirat,
Mungkin diantara kerabat kita, mungkin diantara sahabat kita. Di siang hari ini kita mohon agar wahai Allah hentikan seluruh musibah yang menimpa ahli kubur demi cahaya terbesarmu, demi cahaya syafaatmu, demi cahaya kelembutanMu dan hal itu mustahil kecuali dari mu Ya, Allah.
Ya Allah, yang paling luhur dan nama yang paling agung diucapkan, nama yang paling agung membuka segala cahaya kebahagiaan nama yang paling luhur membuka gerbang rahmatMu, nama yang menjadi samudera kenikmatan seluruh hamba sepanjang waktu dan zaman.
فَقُوْلُوْا جَمِيْعًا ..                                                                            
 يَا الله...يَا الله... ياَ الله.. ياَرَحْمَن يَارَحِيْم ...لاَإلهَ إلَّاالله...لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ اْلعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ...لاَ إِلهَ إِلَّا الله رَبُّ اْلعَرْشِ اْلعَظِيْمِ...لاَ إِلهَ إلَّا اللهُ رَبُّ السَّموَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ اْلعَرْشِ اْلكَرِيْمِ...مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،كَلِمَةٌ حَقٌّ عَلَيْهَا نَحْيَا وَعَلَيْهَا نَمُوتُ وَعَلَيْهَا نُبْعَثُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى مِنَ اْلأمِنِيْنَ.

Last Updated on Friday, 01 April 2011 07:57
AlFaqir:
Diterjemah pada sesetengah perkataan untuk kefahaman rakyat Malaysia.Petikan Kalam Nasihat dari Habib Munzir al-Musawa di Madras An-Nur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Recent Posts

There was an error in this gadget

Shaykh Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Shaykh Abdullah al-Ghumari, Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani, Shaykh Ismaeel Zayn, Shaykh Hasan al-Saqqaf and Shaykh Ibrahim al-Khalifah al-Ahsai

Cinta/Love/Mahabbah/Pyiar

Beautiful advice for the seeker of truth (Al Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri)